Cari:
China Rancang Lancar Kapal Angkasa Teknologi Baharu menjelang 2020
2017-10-31 15:10:36 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Institut pengajian milik Syarikat Sains dan Teknologi Aeroangkasa China (CASC) sedang bekerjasama dengan institut-institut domestik lain untuk mengkaji dan membangunkan teknologi kapal angkasa lepas yang boleh digunakan berulang kali.

Pelancaran pertama teknologi baharu itu dijadualkan menjelang tahun 2020.

Menurut CASC, selain mengurangkan kos penerbangan angkasa dan memendekkan masa persiapan untuk pelancaran, kapal tersebut akan membolehkan penerbangan angkasa ulang-alik sama seperti penerbangan menggunakan kapal terbang.

Difahamkan, teknologi yang sedang dikaji dan dibangunkan tersebut menggabungkan ciri-ciri kapal angkasa lepas dan kapal terbang, dengan enjin roket yang diubah suai untuk penggunaan berulang kali.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China