Cari:
Hari Bandar Sedunia 2017 Dirasmikan di Guangzhou
2017-11-01 14:34:09 CRI Cetak

Aktiviti sambutan sempena Hari Bandar Sedunia 2017 telah diadakan di Guangzhou semalam.

Wakil dari beberapa bandar dalam dan luar China telah berkumpul untuk membincangkan langkah-langkah dan pengalaman yang membantu menginovasikan pembangunan dan pengurusan bandar.

Tema utama Hari Bandar Sedunia tahun ini ialah "pengurusan secara terbuka dan inovatif".

Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Desa, Wang Menghui berkata, pembangunan bandar mendatangkan kemakmuran dan keselesaan kepada hidup manusia, namun membawa bersama pelbagai cabaran besar seperti kesesakan lalu lintas dan pencemaran alam sekitar.

Menurut beliau, model pembangunan konvensional tidak dapat memenuhi keperluan pembangunan secara lestari, dan perlu diubah segera.

China akan terus berpegang pada konsep "inovasi, terselaras, hijau, terbuka dan berkongsi" untuk mewujudkan urbanisasi dengan ciri-ciri tersendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China