Cari:
Lagi Empat Bandar China Tersenarai dalam Jaringan Bandar Kreatif Global
2017-11-02 13:22:58 CRI Cetak

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) semalam mengumumkan bahawa empat lagi bandar China iaitu Changsha, Makau, Qingdao dan Wuhan terangkum dalam jaringan bandar kreatif global, bagi menunjukkan peranan penting semangat kreatif dalam pembangunan bandar secara lestari.

Menurut UNESCO, kumpulan bandar yang terpilih dalam pemilihan pusingan kali ini merangkumi 64 bandar dari 44 negara dan kawasan.

Empat bandar China tersebut terpilih berikutan kejayaan dalam bidang seni digital, budaya kulinari, serta seni filem dan rekaan. Sebelum ini, bandar Jingdezhen, Shanghai, Shunde, Hangzhou, Suzhou, Chengdu, Beijing dan Shenzhen sudah disenaraikan dalam jaringan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China