Cari:
Duta Besar AS: Lawatan Trump ke China Amat Bermakna
2017-11-07 14:28:19 CRI Cetak

Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke China, Terry Branstad dalam satu wawancara semalam menyatakan, pertemuan antara presiden China dan AS di Beijing amat bermakna.

Atas undangan Presiden China, Xi Jinping, Presiden AS, Donald Trump akan mengadakan lawatan rasmi ke negara ini pada 8 hingga 10 November nanti.

Kedua-dua pemimpin akan bertukar-tukar pendapat tentang perkembangan hubungan dua hala dan isu-isu yang menjadi perhatian bersama, bagi memperkasakan kerjasama yang saling menguntungkan dan menggalakkan perkembangan hubungan secara sihat dan stabil.

Branstad menyatakan, pemimpin kedua-dua negara telah menjalin hubungan peribadi dan kerja yang rapat dan ini amat penting bagi hubungan AS-China.

Trump akan membawa satu rombongan ekonomi dan perdagangan ke China. Pemimpin kedua-dua negara akan menyaksikan penandatanganan beberapa perjanjian kerjasama, yang diyakini akan membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua pihak.

Branstad amat optimistik terhadap prospek kerjasama kedua-dua negara. Beliau berpendapat, pasaran China yang semakin terbuka menyediakan banyak peluang kepada syarikat AS. Di samping itu, kedua-dua pihak memiliki potensi yang besar untuk bekerjasama seperti dalam bidang perubatan dan kesihatan, antidadah, isu imigran dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China