Cari:
Xi, Trump Hadiri Upacara Penutup Dialog Usahawan China-AS
2017-11-09 16:13:46 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah menghadiri upacara penutup Dialog Usahawan China-AS dan menyampaikan ucaptama di Dewan Besar Rakyat di Beijing hari ini.

Xi Jinping menyatakan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-45 Pengumuman Shanghai oleh China dan AS. Sepanjang 45 tahun ini, hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dan AS berkembang pesat hingga membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara. Kerjasama keduda-dua negara berpotensi besar dan saling menguntungkan.

Xi turut memberi tiga cadangan mengenai hubungan China-AS. Sekarang, ekonomi China sudah beralih daripada mementingkan kepesatan kepada pertumbuhan berkualiti, manakala struktur ekonomi semakin optimum. Pada tahun ini, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) beberapa kali menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi China.

Beliau menyatakan, dasar China yang berpegang kepada prinsip pembaharuan dan pintu terbuka adalah jelas. Prospek kerjasama ekonomi dan perdagangan China-AS adalah cerah kerana kelebihan ekonomi kedua-dua negara saling melengkapi, jauh melebihi persaingan.

China bersedia meningkatkan pengimportan tenaga dan produk pertanian dari AS serta memperdalam kerjasama perkhidmatan perdagangan, di samping berharap AS meningkatkan pengeksportan teknologi kegunaan awam ke China.

Xi menyanjung tinggi usaha tokoh-tokoh industri dan perdagangan China dan AS untuk mengukuhkan ikatan persahabatan antara kedua-dua negara, yang sekali gus menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan serta hubungan dua hala. Beliau yakin kerjasama tersebut pasti akan terus berkembang hingga membawa lebih banyak faedah kepada seluruh rakyat.

Trump pula menyatakan, AS dan China merupakan rakan kerjasama yang rapat dan mempunyai konsensus meluas dalam bidang ekonomi, keselamatan dan lain-lain. AS bersedia meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan yang saling menguntungkan dengan China, di samping meningkatkan kerjasama dalam bidang tenaga dan lain-lain demi kemakmuran bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China