Cari:
Karnival Beli-belah China Rangsang Pasaran Global
2017-11-13 15:00:58 CRI Cetak

Karnival membeli-belah dalam talian "11 November" yang baru berlalu, menjadi satu pesta komersial melibatkan seluruh dunia.

Menurut data pelbagai platform e-dagang China, jumlah transaksi pada hari itu meningkat berbanding tahun lalu.

Dalam masa sehari, Tmall mencatat jualan berjumlah RMB168.2 bilion (RM106 bilion).

Sebanyak 1.48 bilion transaksi dijelaskan melalui platform e-bayar Alipay di seluruh dunia, naik 41%.

Profesor Wang Jian dari Universiti Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa menyatakan bahawa penggunaan platform e-dagang China di dunia semakin meningkat. Hal ini dapat merangsang pasaran pengguna dan sektor jualan runcit global serta mencipta lebih banyak peluang untuk produk buatan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China