Cari:
China, Jepun Sedia Perbaiki Hubungan
2017-11-14 11:01:23 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Hubungan China-Jepun kini menunjukkan perubahan positif, namun masih wujud beberapa faktor sensitif.

Jepun perlu mencermin diri demi masa depan, dan berusaha bersama-sama China untuk mengatasi kesukaran dan cabaran dalam hubungan bilateral.

Perdana Menteri China, Li Keqiang menyatakan demikian ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Shinzo Abe di Manila, semalam.

Tambah Li, kedua-dua negara perlu memanfaatkan kelebihan yang saling melengkapi, serta memperkasakan kerjasama saling menguntungkan dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan, termasuk kerjasama pasaran pihak ketiga.

Abe pula menyatakan bahawa sebagai entiti ekonomi kedua dan ketiga terbesar, China dan Jepun bertanggungjawab menggalakkan kedamaian dan pembangunan dunia.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-45 pemulihan hubungan China-Jepun. Manakala, tahun depan ulang tahun ke-40 pemeteraian Perjanjian Kedamaian dan Persahabatan antara kedua-dua negara.

Abe berkata pihaknya bersedia melihat China sebagai rakan kongsi, meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan terus memperbaiki hubungan dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China