Cari:
WHO: Tahap Keselamatan Bekalan Darah China Teratas di Dunia
2017-11-21 12:00:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tahap keselamatan bekalan darah di China menduduki tempat teratas di seluruh dunia.

Demikian berdasarkan tiga petunjuk dalam Laporan Keselamatan dan Bekalan Darah Sedunia 2016 yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini.

Menurut laporan itu, kadar dermaan darah di China terus meningkat sepanjang 20 tahun lalu. Pada tahun lepas, jumlah penderma darah mencecah 14 juta orang.

Selain itu, tahap keselamatan darah meningkat dengan ketara, manakala bekalan darah untuk kegunaan pesakit turut bertambah baik, malah mencapai tahap transfusi yang lebih tinggi daripada purata negara berpendapatan tinggi.

Menderma darah bukan sekadar langkah penting bagi menjamin keselamatan dan kualiti tabung darah, malah juga kriteria untuk mengukur tahap peradaban masyarakat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China