Cari:
Syria Alu-alukan Deklarasi Bersama Rusia, Turki, Iran
2017-11-23 15:05:46 CRI Cetak

Kementerian Luar Syria semalam mengeluarkan kenyataan yang mengalu-alukan deklarasi bersama tiga pihak yang ditandatangani Rusia, Turki dan Iran.

Menurut kenyataan tersebut, deklarasi bersama itu dialu-alukan kerana dilihat sebagai usaha politik yang menghormati kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah Syria, serta sumbangan untuk menamatkan pertumpahan darah di negara itu.

Kenyataan berkenaan turut menyebut bahawa rundingan tiga pihak melibatkan Rusia, Turki dan Iran telah mencapai kemajuan penting. Ketiga-tiga pihak tersebut mencapai konsensus tentang isu-isu seperti kempen memerangi keganasan, prinsip asas bagi proses politik, sidang dialog kebangsaan, butiran perlembagaan, pilihan raya parlimen dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China