Cari:
Korea Selatan Diharap Tangani Isu THAAD Sebaik-baiknya
2017-11-23 13:42:36 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China dan Korea Selatan telah mencapai beberapa konsensus untuk menyelesaikan isu sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) secara berperingkat baru-baru ini.

China amat menumpukan kenyataan Korea Selatan yang menegaskan negara itu tidak akan terlibat dalam sistem pertahanan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) serta penempatan sementara sistem THAAD tidak akan menjejaskan kepentingan keselamatan China.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Kang Kyung-wha di Rumah Tamu Diaoyutai Beijing pada 22 November lalu.

Wang berkata, China berharap Korea Selatan dapat menangani isu THAAD dengan sebaik-baiknya.

Sebelum ini, pertemuan antara Presiden China, Xi Jinping, Perdana Menteri, Li Keqiang dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in telah menetapkan hala tuju untuk membaiki dan menggalakkan perkembangan hubungan antara kedua-dua negara.

Wang menegaskan, berdasarkan persepakatan yang telah dicapai antara pemimpin, kedua-dua negara dapat bekerjasama untuk merapatkan jurang perbezaan pendapat dan meningkatkan rasa saling memahami sebagai persiapan bagi pertukaran lawatan peringkat tinggi pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China