Cari:
Ekonomi Digital Jana 30% KDNK China
2017-12-05 14:48:36 CRI Cetak

China antara 10 negara yang menduduki ranking pembangunan siber teratas di dunia, berdasarkan kertas biru yang dikeluarkan sempena Persidangan Internet Dunia (WIC) di Wuzhen semalam.

Menurut kertas biru itu, jumlah transaksi e-dagang China menduduki 40% keseluruhan di dunia.

Pada tahun lepas, ekonomi digital China menyumbang lebih 30% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu RMB22.6 trilion (RM14 trilion), hanya didahului AS.

Di samping itu, jumlah pengguna Wechat mencatat 28 juta, manakala pendapatan menerusi periklanan media sosial itu menduduki 68% keseluruhan pendapatan diperoleh media utama.

Korea Selatan, Jepun, Britain, Singapura, Sweden, Finland, Perancis dan Jerman turut tercatat dalam ranking pembangunan siber teratas WIC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China