Cari:
Wang Yi Hadiri Pertemuan Ke-15 Menteri Luar China, Rusia, India
2017-12-12 12:54:52 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi telah menghadiri pertemuan ke-15 Menteri Luar China, Rusia dan India di New Delhi, India semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Wang Yi berkata bahawa China, Rusia dan India perlu memainkan peranan untuk menggalakkan ekonomi dunia yang terbuka, mendorong penyeimbangan semula dan pembaharuan tadbir urus ekonomi global, mempertahankan mekanisme perdagangan pelbagai hala, melaksanakan agenda pembangunan mampan 2030 PBB mengikut jadual, serta mewujudkan kesalinghubungan antara benua Eropah dan Asia.

Di samping itu, ketiga-tiga pihak juga perlu memperkukuh sinergi dalam bidang antikeganasan dan antidadah serta interaksi sosiobudaya.

Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov dan rakan sejawatnya dari India, Sushma Swaraj pula berkata, China, Rusia dan India perlu memanfaatkan pelbagai mekanisme di bawah rangka PBB, Kumpulan 20 (G20), BRICS dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) untuk meningkatkan penyelarasan dan kerjasama antara satu sama lain.

Menurut mereka, ketiga-tiga pihak perlu bersama-sama menghadapi isu-isu hangat global termasuk konflik serantau, pembangunan ekonomi, keganasan, perubahan iklim dan pelaksanaan Agenda 2030, sehingga mewujudkan order antarabangsa yang lebih adil dan demokratik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China