Jabatan Perdagangan Luar, Kementerian Perdagangan China merumuskan bahawa momentum yang kukuh itu adalah hasil keefisienan pelaksanaan dasar ekonomi berkenaan, pertumbuhan ekonomi domestik yang stabil, serta penstrukturan semula perusahaan. China dijangka mampu mengekalkan momentum kukuh tersebut pada tahun depan.
Song Xianmao, atese perdagangan kementerian itu berkata, peningkatan sederhana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kestabilan ekonomi domestik turut memangkin permintaan terhadap produk import dalam pasaran China.
Menurut statistik kastam, jumlah keseluruhan import dan eksport China meningkat sekitar 15.6% pada Januari hingga November tahun ini.