Cari:
China Utamakan Penjanaan Tenaga Bersih
2017-12-13 16:16:12 CRI Cetak

China semakin mengutamakan penjanaan tenaga bersih dalam struktur sumber tenaganya, dengan permintaan terhadap tenaga boleh baharu, gas asli dan elektrik kian meningkat sementara kebergantungan pada batu arang susut.

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dalam laporan Prospek Ekonomi Dunia 2017 yang khusus memfokuskan China, telah menganalisis situasi serta meramalkan impak yang dibawa oleh perubahan struktur tenaga negara ini menjelang 2040.

Laporan tersebut dibentangkan oleh pegawai IEA dalam sidang maklumat global dan seminar pembangunan mampan sumber tenaga hijau di Kunming, provinsi Yunnan semalam.

Menurutnya, dengan pelaksanaan dasar baharu yang berkenaan, kadar pertumbuhan permintaan terhadap tenaga di China menurun kira-kira 1% setiap tahun, iaitu tidak sampai 1/6 purata tahunan sejak tahun 2000.

IEA turut meramalkan bahawa menjelang 2040, elektrik akan menggantikan batu arang dalam sektor tenaga China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China