Cari:
China dan Britain Komited Perkasakan Kerjasama
2017-12-17 14:52:03 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan pertemuan dengan Canselor Exchequer Britain, Philip Hammond di Beijing pada 15 Disember lalu.

Li Keqiang dalam pertemuan itu berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik China-Britain. Hubungan antara kedua-dua negara terus berkembang berdasarkan prinsip saling menghormati dan sama rata.

China bersedia meningkatkan rasa saling mempercayai dalam bidang politik, kerjasama perdagangan dan pelaburan dengan Britain, di samping memanfaatkan kedudukan London sebagai hab kewangan utama di dunia untuk memperdalam kerjasama kewangan bilateral.

Philip Hammond pula menyatakan kesediaan pihaknya untuk bersungguh-sungguh melaksanakan konsensus yang tercapai dan memperdalam kerjasama dengan China dalam bidang perdagangan, pelaburan, kewangan dan tenaga nuklear, agar membawa hubungan dua hala ini ke "era keemasan".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China