Cari:
China Lancarkan Sistem Perdagangan Hak Pelepasan Karbon
2017-12-20 17:26:19 CRI Cetak

Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China semalam melancarkan secara rasmi sistem perdagangan hak pelepasan karbon, dengan sektor penjanaan tenaga sebagai percubaan.

Kerajaan tempatan dari sembilan bandar dan provinsi iaitu Beijing, Tianjin, Shanghai, Jiangsu, Fujian, Hubei, Guangdong, Chongqing dan Shenzhen telah memeterai perjanjian berkenaan.

Naib Ketua NDRC, Zhang Yong dalam sidang media semalam berkata, sistem dan pasaran perdagangan hak pelepasan karbon adalah untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau melalui mekanisme pasaran. Ini merupakan langkah inovatif untuk menggalakkan pembangunan hijau dan karbon rendah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China