Cari:
China Majukan Sektor Pembuatan, IT
2017-12-26 13:39:54 CRI Cetak

China akan memajukan sektor teknologi maklumat (IT) dan meluaskan penggunaan Internet, dengan sasaran menjadi negara unggul dalam bidang siber menjelang 2035.

Pada masa yang sama, China akan memacu industri pembuatan supaya kekuatan bersepadunya teratas di dunia menjelang 2050.

Demikian maklum Miao Wei, Menteri Industri dan IT, dalam satu persidangan kerja di Beijing semalam.

Pada tahun ini, kenaikan nilai tambah sektor perindustrian besar China mencatat kira-kira 6.5%, manakala penggunaan tenaga seunit nilai tambah menurun kira-kira 4%, sepertimana yang disasarkan.

Dalam lima tahun lalu, China memperkenalkan beberapa dasar penting, termasuk skim "Pembuatan China 2025" yang melibatkan bahan alternatif, kereta elektrik, data besar, Internet benda (loT) dan keselamatan siber.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China