Cari:
Tembakan di Denver, 2 Maut
2018-01-01 13:43:24 CRI Cetak

Seorang lelaki melepaskan lebih 100 das tembakan ke arah polis di rumahnya berhampiran bandar Denver, Colorado, Amerika Syarikat awal pagi semalam, sebelum ditembak mati.

Seorang anggota polis turut terbunuh.

Syerif Tony Spurlock dari kaunti Douglas memaklumkan bahawa pegawainya diserang hendap sebaik sahaja memasuki apartmen suspek, 26 kilometer dari Denver, untuk menyiasat laporan pergaduhan rumah tangga.

Polis tempatan mengesahkan bahawa empat lagi pegawai polis dan dua orang awam cedera dalam kes tembakan itu.

Identiti suspek dikenal pasti sebagai Matthew Riehl, 37 tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China