Cari:
Ekonomi China Dianggar Tumbuh 6.7%
2018-01-02 11:36:38 CRI Cetak

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China dianggarkan meningkat kira-kira 6.7% pada tahun 2018.

Demikian menurut laporan situasi ekonomi makro yang dikeluarkan oleh Institut Pengajian Strategi Kewangan dan Ekonomi, Akademi Sains Sosial China.

Laporan itu mencadangkan agar pembaharuan struktur sektor pembekal terus dilaksanakan bagi memastikan kestabilan pembekalan domestik, demi pertumbuhan yang berterusan.

Wang Hongju, penyelidik dari bahagian pengajian pragmatik institut tersebut menyatakan bahawa kadar pertumbuhan KDNK sepanjang tahun 2017 mencatat kira-kira 6.8%, sementara indeks harga pengguna (CPI) 1.6%.

Pihaknya mengunjurkan kedua-dua angka mencatat 6.7% dan 2% pada tahun 2018.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China