Cari:
China Komited Banteras Rasuah
2018-01-15 11:49:05 CRI Cetak

Sidang pleno kedua Suruhanjaya Pemeriksaan Displin Pusat (CCDI) ke-19 Parti Komunis China (PKC) berakhir di Beijing pada 13 Januari lalu.

Menurut pengumuman CCDI, seramai 527 ribu penjawat awam dikenakan tindakan oleh badan displin dan jabatan pendakwa sepanjang tahun lepas, termasuk 58 pegawai berpangkat gabenor provinsi dan menteri.

China dan ASEAN telah mengeluarkan kenyataan bersama bagi mengintensifkan kerjasama membanteras rasuah dalam Sidang Kemuncak China-ASEAN di Filipina November lalu.

Kerjasama itu bermakna, kemungkinan pesalah rasuah bersembunyi atau memindahkan aset haram ke negara ASEAN makin tipis.  

Pakar isu China dari Universiti Ateneo de Manila, Lucio Pitlo berkata, kempen memburu pesalah di seberang laut memperlihatkan komitmen China memerangi rasuah ke akar umbi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China