Cari:
China Lancar Enam Satelit
2018-01-20 15:36:09 CRI Cetak

China berjaya melancarkan dua satelit penderiaan jauh dan empat satelit kecil ke orbit, termasuk sebuah satelit milik Kanada menggunakan roket Long March-11 dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan semalam.

Ini merupakan pelancaran pertama roket model itu secara komersil dan juga perkhidmatan pertama roket bahan dorong pepejal China untuk pengguna antarabangsa.

Roket Long March-11 panjangnya 20.8 meter dan beratnya kira-kira 58 tan, dengan diameter 2 meter. Ejen yang menggunakan bahan dorong pepejal dapat menyediakan tenaga sebesar kira-kira 120 tan ketika dilancarkan.

Ini merupakan pelancaran ke-4 misi aeroangkasa China bagi 2018, juga misi ke-264 roket model Long-March dan pelancaran ke-100 di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China