Cari:
Jumlah Keluaran Kelautan China 2017 Catat RMB7.8 Trilion
2018-01-23 14:36:46 CRI Cetak

Menurut pengiraan peringkat awal, jumlah keluaran kelautan China mencatat RMB7.8 trilion (RM4.8 trilion) pada tahun 2017, menempati hampir 10% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China. Sektor maritim telah mencapai kemajuan yang positif dalam sejumlah bidang. Pakar berkenaan menyatakan bahawa masalah-masalah seperti susun atur perekonomian kelautan yang menjadi semakin sama perlu diatasi.

Ketua Pengarah Biro Pentadbiran Laut Negara (SOA), Wang Hong memaklumkan bahawa China telah menyelesaikan pemantauan kelautan buat pertama kalinya menurut jadual pada tahun 2017 demi meningkatkan pengawalan terhadap ruang laut kedaulatan. Selain itu, pihaknya telah menyiasat dengan jelas sumber pencemaran laut dari darat di seluruh negara serta mengambil tindakan pemeriksaan dan pembanterasan.

Menurut Wang Hong, industri kelautan baharu meningkat dengan kadar lebih 12% pada tahun 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China