Cari:
China Sedia Timbang Semua Cadangan Membina
2018-01-27 14:29:47 CRI Cetak

China mengambil berat semua usaha yang berfaedah bagi menyelesaikan isu Semenanjung Korea secara damai melalui saluran politik dan diplomatik, dan bersedia menimbang semua cadangan yang membina bagi meredakan situasi yang tegang dan menggalakkan penyelesaian masalah melalui dialog. Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata demikian dalam sidang media semalam.

Menurut laporan, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Henry Kissinger kelmarin menyeru agar Rundingan Enam Pihak disambung semula, atau forum yang diterajui AS dan China untuk mencapai perjanjian mengenai masa depan Semenanjung Korea. Beliau menganggap itulah saluran terbaik bagi mewujudkan Semenanjung Korea bebas daripada nuklear.

Beliau menganggap bahawa Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) tidak akan membatalkan rancangan pembangunan senjata nuklearnya bagi melihat AS dan Korea Selatan menghentikan latihan ketenteraan bersama buat sementara waktu.

Hua Chunying mengulas bahawa Rundingan Enam Pihak tetap platform yang penting walaupun menghadapi banyak kesukaran. Sekarang hal yang paling penting ialah kaedah untuk menyambung semula rundingan itu. China telah mengemukakan cadangan penyelesaian berkenaan pada tahun lalu dan berharap dapat memecahkan kebuntuan dan membuka laluan bagi pelbagai pihak berdialog.

Hua menegaskan bahawa teras isu Semenanjung Korea adalah percanggahan antara DPRK dengan AS, dialog langsung kedua-dua negara itu amat diperlukan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China