Cari:
Iran Dilanda Salji Lebat
2018-01-29 15:07:14 CRI Cetak

Salji lebat melanda kebanyakan kawasan Iran semalam, yang membawa pengaruhan besar kepada kehidupan penduduk tempatan. Bekalan elektrik di beberapa kawasan di Tehran terganggu, manakala beberapa lebuh raya dan lapangan terbang terpaksa ditutup.

Menurut laporan Televisyen Berita Iran, lebih 20 daripada 30 provinsi negara itu dilanda salji. Salji mula turun di Tehran sejak malam 27 Januari lalu. Tebal purata salji di Tehran melebihi 20 sentimeter dan beberapa kawasan telah mencecah 80 sentimeter.

Iran sedang mengalami bencana kemarau yang terburuk dalam beberapa dekad ini. Salji lebat ini diharap dapat meredakan kemarau semasa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China