Cari:
AS Dikutuk Jejaskan Proses Damai di Semenanjung Korea
2018-02-02 14:51:02 CRI Cetak

Menteri Luar Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Ri Yong Ho mengutus surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, mengutuk Amerika Syarikat (AS) menjejaskan proses damai utara-selatan, dan meruncing situasi tegang di Semenanjung Korea. PBB diseru mengambil tindakan yang sewajarnya.

Ri Yong Ho berkata dalam suratnya, ketika dialog utara-selatan mencapai hasilan yang dialu-alukan masyarakat antarabangsa, AS sebaliknya menghantar kapal induknya ke sekitar Semenanjung Korea dan menegangkan situasi serantau.

DPRK berharap PBB menaruh perhatian terhadap tindakan AS, dan berusaha menghalang kegiatan AS itu. Setiausaha Agung juga diminta menetapkan isu itu sebagai topik perbincangan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB.

Dimaklumkan, kapal induk Carl Vinson AS belayar dari pangkalan tentera laut San Diego awal Januari, dan dijangka tiba di perairan Semenanjung Korea sebelum Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang dirasmikan pada 9 Februari.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China