Cari:
Musim Pengangkutan Sempena Sambutan TBC Bermula
2018-02-02 16:06:31 CRI Cetak

Musim pengangkutan sempena sambutan Tahun Baharu China (TBC) telah bermula semalam. Sebanyak 3 bilion orang akan terlibat dalam musim pengangkutan tahun ini.

Menurut penjelasan pegawai dari syarikat China Railway, selain 3819 pasang laluan kereta api tetap, pihak syarikat itu telah menambah 214 pasang laluan sementara semalam. Jumlah penumpang yang menaiki kereta api melebihi 8.1 juta orang.

Landasan kereta api di China telah mencatat 127 ribu kilometer panjang pada tahun yang lalu. Antaranya landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) sepanjang 25 ribu kilometer.

Selain kereta api, perkhidmatan pengangkutan yang melibatkan 15 ribu kali penerbangan sehari, 840 ribu buah kenderaan, dan lebih 20 ribu buah kapal akan berkhidmat untuk membawa penumpang sempena musim pengangkutan sempena sambutan TBC ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China