Cari:
Pegawai Tinggi DPRK Bakal Lawat Korea Selatan
2018-02-06 11:28:38 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Tetap Mesyuarat Rakyat Tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Young-Nam akan mengetuai delegasi DPRK ke Korea Selatan sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk yang dijadualkan di Pyeongchang.

Ini menjadikan Kim Young-Nam pegawai DPRK berpangkat paling tinggi yang melawat ke Korea Selatan setakat ini.

Pejabat Presiden Korea Selatan, Chong Wa Dae mengalu-alukan perkara tersebut, yang dianggap memperlihatkan tekad dan ketulusan DPRK untuk memperbaiki hubungan bilateral.

Pegawai Chong Wa Dae memaklumkan bahawa Presiden Moon Jae-in akan bertemu dengan Kim Young-Nam dalam upacara perasmian Sukan Olimpik Pyeongchang. Kemungkinan pertemuan rasmi akan diatur masih dibincangkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China