Cari:
Pesta Lentera Sempena Cap Goh Mei
2018-03-03 15:43:58 CRI Cetak

Pesta lentera sempena sambutan Hari Cap Goh Mei 2018 anjuran Jabatan Urusan Santai dan Kebudayaan Hong Kong (LCSD) diadakan di dataran Pusat Budaya Hong Kong semalam. Pameran lentera, persembahan muzik, permainan teka-teki dan pertunjukan artis telah memeriahkan suasana sambutan pesta tersebut.

Lebih kurang 90 lentera ikan yang berwarna-warni dipamerkan dalam pesta lentera tersebut, untuk menyampaikan mogaan penduduk Hong Kong terhadap kehidupan yang lebih bahagia.

Selain itu, kraf tangan tradisional Hong Kong juga dipamerkan dalam pesta ini, termasuk lentera singa, kasut bersulam, topeng Dai Tau Fat dan sebagainya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China