Cari:
Kendali Hubungan Bilateral dari Perspektif Strategik
2018-03-29 14:27:19 CRI Cetak
China dan AS hendaklah bersama-sama melihat dan mengendalikan hubungan bilateral dari perspektif strategik dan menyeluruh untuk memastikan perkembangan berterusan di landasan betul.

Demikian saranan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China, Li Zhanshu semasa bertemu dengan delegasi Kongres AS yang diketuai Senator, Steve Daines, di Beijing semalam.

Kata Li, hubungan antara China dengan AS amat penting bagi dua negara ini, bahkan masyarakat antarabangsa.

Kedua-dua pihak harus meningkatkan komunikasi strategik, memfokuskan dialog dan kerjasama, serta mengendalikan perbezaan pendapat dan isu sensitif secara baik.

Tambah Li, NPC bersedia bersama-sama Kongres AS memanfaatkan sepenuhnya mekanisme pertukaran sedia ada untuk mempergiat kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.

Daines pula menyatakan kesediaan pihaknya untuk mengukuhkan kesalingpercayaan dan kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China