Cari:
Lari Maraton Realisasikan Hajat Anak
2018-04-03 15:54:41 CRI Cetak

Seorang pelari menggunakan nama akaun Wechat "Bai Yang" yang tampil di pertandingan maraton di Wuxi dengan memegang pasport anaknya menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Yang Yue, 23, anak perempuan pelari itu, juga ialah seorang peminat sukan larian yang telah mendaftar untuk menyertai maraton di Wuxi ini, sebelum melanjutkan pelajaran ke Korea Selatan Julai nanti. Namun, malang menimpa apabila satu nahas lalu lintas berlaku pada 4 Mac lalu, meragut nyawa gadis itu.

Untuk merealisasikan hajat yang ditinggalkan anak kesayangan, Bai Yang memutuskan untuk menyertai perlumbaan maraton dengan membawa pasport anak. Ceritanya telah menyentuh hati ramai orang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China