Cari:
Naik Tarif Kacang Soya demi Petani
2018-04-04 18:49:43 CRI Cetak

Kacang soya diketengahkan dalam keputusan kerajaan China mengenakan tarif tinggi terhadap produk AS, sebagai langkah balas untuk melindungi kepentingan kaum tani tempatan.

Keputusan tersebut juga adalah untuk memenuhi permintaan petani yang teruk terjejas berikutan dasar subsidi Washington.

Naib Menteri Kewangan China, Zhu Guangyao menyatakan di Beijing hari ini, sebanyak 62% kacang soya yang dieksport AS pada tahun lalu adalah ke pasaran China, sedangkan hanya 34.39% kacang soya yang diimport China adalah dari AS.

Beliau bagaimanapun menyatakan bahawa pada masa ini, keputusan tersebut belum berkuat kuasa, dan masih ada peluang untuk kedua-dua pihak duduk berunding berdasarkan prinsip saling menguntungkan dan saling menghormati.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China