Cari:
Wang Yi Ditemui Menteri Luar DPRK
2018-04-04 13:01:48 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi telah ditemui rakan sejawatnya dari Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Ri Yong Ho di Beijing.

Dalam pertemuan itu, Wang Yi menyebut lawatan tidak rasmi Pengerusi Parti Buruh Korea (WPK) yang juga Setiausaha Agung Suruhanjaya Hal Ehwal Negara DPRK, Kim Jong Un di China baru-baru ini dijalankan dengan jayanya.

Presiden Xi Jinping dan Kim Jong Un telah mencapai konsensus penting mengenai pengembangan hubungan dua hala dan penggalakan penyelesaian isu nuklear Semenanjung Korea secara damai.

Jabatan diplomatik kedua-dua negara perlu meningkatkan pertukaran lawatan pelbagai peringkat bagi melaksanakan hasil pertemuan itu.

Tambah Wang, China menghargai komitmen DPRK untuk mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear serta usaha bagi meredakan situasi serantau. China menyokong pertemuan pemimpin DPRK dengan Korea Selatan dan Amerika Syarikat diadakan.

Ri Yong Ho pula menyatakan bahawa DPRK akan mengekalkan interaksi strategik yang erat dengan China mengenai isu Semenanjung Korea.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China