Cari:
Duta Besar China ke Britain Bantah Fitnah AS
2018-04-07 15:16:40 CRI Cetak

Akhbar The Daily Telegraph Britain dan laman sesawangnya secara serentak menyiarkan satu rencana Liu Xiaoming, Duta Besar China ke Britain, yang bertajuk 'Kekalkan Dasar Terbuka dan Kerjasama, Lindungi Hak Harta Intelek' semalam waktu tempatan.

Duta Besar Liu Xiaoming dalam rencananya menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) memfitnah China sebagai 'pencuri' hak harta intelek AS, mendakwa China 'memaksakan' syarikat AS memindahkan teknologinya berdasarkan "siasatan 301" dan turut mengumumkan akan mengenakan tarif tambahan terhadap produk keluaran China. AS, tanpa mempedulikan usaha China yang terus meningkatkan perlindungan hak harta intelek, mengambil tindakan yang bukan sahaja melanggar peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), tetapi juga merupakan amalan unilateralisme dan berbaur perlindungan perdagangan, yang dilihat mencerminkan sikapnya yang 'sombong dan prasangka'.

Liu menyatakan bahawa China tidak mempunyai mana-mana pun peraturan dan undang-undang tentang syarikat asing mesti memindahkan teknologinya kepada syarikat China. Pemindahan teknologi berkenaan antara syarikat China dengan AS dipercayai mampu menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada AS, dan sama sekali dijalankan menurut prinsip urus niaga dan pasaran.

Liu menambah, China sedang melaksanakan strategi pembangunan yang dipacu inovasi dan melindungi hak harta intelek dengan teguh. China bersedia berusaha bersama dengan pelbagai negara mengekalkan kerjasama dan keterbukaan serta melindungi hak harta intelek untuk mendorong hasil sains dan inovasi membawa manfaat kepada rakyat pelbagai negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China