Cari:
Kakitangan CRI Derma Wang kepada Mangsa Bencana Gempa Bumi di Sichuan
2008-05-15 11:32:52 CRI Cetak

Setakat pukul 12.00 tengah hari 15 Mei, jumlah derma yang disumbangkan oleh staf-staf CRI mencatat lebih 506,500 yuan Renminbi.

Selepas mengetahui bencana dahsyat yang berlaku di Sichuan, semua staf CRI berasa amat dukacita. Kami memberikan perhatian yang besar terhadap berita terkini tentang kerja penyelamatan di kawasan bencana dan berasa amat terpanggil untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa berkenaan. Ramai staf CRI aktif memberikan sumbangan wang untuk usaha penyelamatan.

Staf CRI, Puan Li Xing berkata: "Pada masa ini, mereka (mangsa dalam bencana) seperti kawan-kawan kami yang sedang menghadapi kesukaran besar. Kami tak tahu macam mana hendak membantu mereka selain daripada menyumbangkan derma berbentuk wang."

Selain daripada staf-staf warga China, staf-staf asing yang bertugas di CRI turut memberi sumbangan derma wang dengan aktif, antaranya termasuk Puan Atiah binti Mohd. Salleh yang bertugas di Bahagian Bahasa Melayu sebagai pakar asing.

"Saya amat dukacita dengan bencana yang menimpa warga Sichuan dan ingin menyampaikan rasa simpati dan prihatin saya kepada keluarga dan mangsa bencana ini. Apa yang dapat dilakukan dari jauh hanyalah berharap moga-moga keadaan bertambah baik secepatnya, dan sumbangan yang kecil daripada setiap kita akan memberikan makna yang besar kepada semangat kemanusiaan. Moga-moga bencana begini tidak berlaku lagi di mana-mana jua di dunia ini," kata Puan Atiah. 

Selepas menyumbangkan derma wang, warga Tanzania, Encik Fadhili Mpunji yang bertugas di Bahagian Bahasa Kiswahili telah mencatatkan perasaannya pada papan iklan derma tersebut bahawa "Rakyat Sichuan, saya berasa dukacita untukmu". Encik Fadhili Mpunji berkata, manusia harus saling membantu bagi menghadapi bencana alam.

"Saya membaca berita mengenai bencana gempa bumi yang berlaku di Sichuan. Saya berasa amat sedih. Banyak bangunan runtuh, ramai orang kehilangan tempat tinggal. Saya juga membaca berita tentang ramai orang China aktif memberi derma, cuba sedaya upaya untuk membantu mangsa di kawasan bencana. Saya berasa terharu atas tindakan mereka. Dan saya juga ingin membuat sumbangan kepada mereka. Kawan-kawan saya di negara Tanzania juga amat memberikan perhatian kepada bencana ini, dan selalu bertanya pada saya tentang keadaan berkenaan. Pada pendapat saya, manusia perlu saling membantu untuk menghadapi bencana alam,"  kata Encik Fadhili.

Di samping itu, laman web CRI bersama dengan Tabung Soong Ching Ling China mengeluarkan seruan kepada pelayar laman web sejagat supaya mereka turut menderma wang dan barangan kepada mangsa bencana.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China