Cari:
Slogan Olimpik Beijing "One World One Dream" Sangat Tepat
2008-04-29 19:07:42 CRI Cetak
Penggunaan Slogan Olimpik Beijing One World One Dream adalah sangat tepat kerana merupakan slogan yang mempunyai erti yang mendalam yang menunjukkan cita-cita rakyat China termasuk rakyat Beijing yang bersedia bersama-sama rakyat pelbagai negara di dunia untuk menciptakan kehidupan yang bahagia dan masa depan yang lebih cerah dengan dorongan semangat Olimpik. Sedangkan maskot Sukan Olimpik Beijing 2008 juga unik sekali kerana terdiri dari 5 Fuwa imej yang comel yang melambangkan 5 kalungan Olimpik yang memperlihatkan hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam serta imejnya yang penuh dengan daya imajinasi.

Saya dapat merasakan dan mengetahui bahawa Beijing benar-benar telah berusaha dengan sedaya upaya dalam kerja-kerja untuk persiapan penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008 untuk mengadakan Sukan Olimpik yang mempunyai keunikan dan bermutu tinggi serta sokongan yang begitu kuat daripada warga China termasuk penduduk Beijing terutama dalam bidang pemilihan sukarelawan untuk Sukan Olimpik Beijing 2008.

Suwito
Bandung Indonesia

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China