Cari:
Semoga Sukan Olimpik 2008 Berjaya Menjadi Acara yang Paling Gemilang
2008-04-29 19:11:29 CRI Cetak
Pada pandangan saya, sukan Olimpik 2008 yang berlangsung di China pada tahun depan amatlah tepat pada waktunya berikutan China sekarang telah menjadi salah satu kuasa besar di dunia. Hal ini dapat meningkatkan lagi keupayaan China di mata dunia dengan penganjuran temasya terbesar di alam ini. Semoga dengan penganjuran sukan Olimpik 2008 ini dapat memberikan sinar baru yang lebih cerah buat negara China khususnya dan kepada negara-negara rantau Asia amnya.

Harapan saya terhadap sukan Olimpik ini, semoga ia berjaya menjadi acara yang paling gemilang sekali pada abad ini berbanding Olimpik sebelum ini. Cadangan saya untuk memantapkan lagi sukan ini adalah menggunakan sukarelawan yang benar-benar dapat berkomunikasi serta berinteraksi dengan baik dalam kalangan pengunjung di temasya tersebut.

Putih Fairuz Hanna bt. Mohd Jamil
Perak, Malaysia

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China