Cari:
Mendekati Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia (daripada Suwito)
2008-11-15 12:42:59 CRI Cetak

(daripada Suwito, Bandung, Indonesia)

Melawat ke Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, China ternyata banyak hal-hal yang menarik dari beberapa aspek kebudayaan yang unik untuk diketahui dan dipadami antara lain seperti lagu rakyat etnik Hui yang disebut Hua'er Ningxia yang bernada tinggi dan sering dinyanyikan ketika berada di atas bukit dengan irama daerah yang unik menurut dialek tempatan dari pelbagai kawasan yang berbeza dikeranakan adat resam dan kehidupan yang berlainan. Hua'er kebanyakan dinyanyikan untuk mengutarakan perasaan cinta muda-mudi, hubungan mesra suami-isteri, gambaran pemandangan indah di kampung halaman atau keharmonian kehidupan rakyat dengan lirik seperti puisi. Hua'er sebagai salah satu kesenian tradisional kalangan rakyat ternyata menghadapi masalah terutama cara mengubahsuaikan diri dengan arah aliran pembangunan masyarakat dan bagaimana mewariskan kebudayaan kesenian itu turun temurun. Oleh kerana itu, tidanakan yang dilakukan di kaunti Haiyuan dengan memasukkan ke dalam kurikulum di sekolah adalah tepat sebab ini merupakan langkah awal yang penting untuk melelihara dan mewariskan kebudayaan tempatan kepada generasi muda.

Etnik Hui ternyata juga mempunyai seni silatnya sendiri seperti permainan penggada He dan lembing Zhang yang telah wujud sejak 200 tahun yang mempunyai ciri-cirinya tersendiri, di mana penggada He hanya satu hujung penggada itu yang dinunakan untuk melancarkan serangan yang dilancarkan dengan cepat sedangkan lembing Zhang lingkaran yang dilalui lembing itu tidak besar tetapi kecil sahaja juga tenaga yang perlu digunakan dalam permainan itu pula tidak kuat. Bagaimanapun juga penggada He dan lembing Zhang memaparkan semangat kerajinan dan keteguhan yang digambarkan melalui seni silat enik Hui.

Etnik Hui juga mempunyai alat muzik yang khas yang disebut Kouxian. Kouxian merupakan alat muzik yang digemari oleh penduduk etnik Hui yang diperbuat daripada logam atau buluh. Kouxian keluarga Ma yang dibuat dari pada buluh yang panjangnya satu desimeter. Alat muzik ini unik juga kerana tampaknya kecil, sederhana dan tidak ada nada tertentu, tetapi pembuatannya memerlukan persediaan yang rapi, seperti buluhnya dipilih dengan teliti, dipotong beberapa kerat, digoreng dalam kuali lalu dikeluarkan untuk diukir dengan teliti. Prosedur yang demikian membuat alat muzik itu berkilauan seperti dilumas cat, berkualiti tinggi dan tidak mudah pecah. Meski kecil tetapi bunyinya amat nyaring dan merdu. Itulah Kouxian keluarga Ma yang menarik sebagai sejenis alat muzik tradisional etnik Hui.

Kesenian rakyat Ningxia lainnya adalah Ningxia Zuochang. Kesenian ini menurut saya unik dan menarik kerana dimainkan oleh dua orang penyanyi sambil duduk di kerusi dan berdialog melalui nyanyian sambil memainkan alat muzik seperti Sanxian dan Yugu di mana liriknya dilagukan dengan dialek tempatan yang melucu dan isi kandungannya juga mempunyai ciri tempatan.

Saya menghargai sekali usaha-usaha untuk melestarikan, mengembangkan kebudayaan tradisi kalangan rakyat seperti lagu rakyat Hua'er Ningxia, seni silat etnik Hui seperti permainan penggada He dan lembing Zhang, alat muzik etnik Hui Kouxian, kesenian rakyat Ningxia, Ningxia Zuochang dan lain sebagainya di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia yang mendapat perhatian, perlindungan dan penanganan yang serius oleh pihak-pihak terkait agar tidak pupus.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China