Cari:
Mendekati Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia (daripada Lim Keat Poh)
2008-10-04 13:42:08 CRI Cetak

(daripada Lim Keat Poh, Singapura)

Masyarakat Hui merupakan salah satu etnik minoriti utama di China. Suku kaum Hui ini kebanyakannya menetap di bahagain barat laut Tanah Besar China khasnya di Wilayah Ningxia yang juga merupakan salah sebuah wilayah autonomi di China.

Menurut kajian, suku kaum Hui terbentuk hasil asimilasi pedagang Muslim keturunan Parsi dan Arab dengan suku Han tempatan sejak zaman Dinasti Tang. Untuk mendekati lebih masyarakat Hui, seseorang seharusnya mengunjungi wilayah Ningxia untuk menghayati dan mengalami sendiri kekayaan budaya dan seni masyarakat ini.

Dari segi kehidupan harian, masyarakat Hui mengikuti segala pedoman dalam al-Quran termasuklah cara pemakanan, pemakaian, perkhawinan, ibadat dan sebagainya. Masakan halal masyarakat Hui yang enak ini turut digemari oleh suku kaum lain seperti Han.Antara hidangan popular adalah satay kambing, ayam panggang, sup kambing dan sebagainya. Tidak lupa juga minuman teh popular mereka yang dibancuh bersama gula dan pelbagai buah-buahan yang dikeringkan.

Masyarakat Hui dapat juga dibezakan dengan suku kaum lain melalui pemakaian tersendiri. Kaum lelaki biasanya berjubah putih atau hitam bersama kufi putih. Bagi kaum wanita pula, mereka biasanya bertudung. Secara tradisinya, tudung putih untuk kaum wanita tua, tudung hitam bagi kaum wanita dewasa dan tudung hijau untuk anak gadis.

Masyarakat Hui juga kaya dengan seni unik sendiri. Antaranya ,lagu rakyat "Hua er "yang bernada tinggi amat popular di kalangan masyarakat tempat terutamanya di sekitar kawasan berbukit-bukau dan persembahan rakyat "Ningxia Zuochang" yang merupakan dialog di antara dua orang melalui nyayian diiringi dengan alat muzik. Kedua-dua kesenian ini amat digemari oleh masyarakat tempatan disebabkan penggunaan loghat tempatan yang membolehkannya lebih difahami dan mendekati mesej yang ingin disampaikan. Selain itu, sejenis alat muzikal tali tradisional, Kouxian keluarga Ma turut mendapat sambutan yang hebat di kalangan masyarakat Hui.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China