Cari:
Tahniah di atas Pelancaran Pertama Kembara Sutera
2009-02-16 13:16:19 CRI Cetak

(Oleh Ainul Azeline Jamlaudin)

Tahniah di atas pelancaran pertama Kembara Sutera! Meskipun terdapat pelbagai majalah pelancongan di dunia, adalah penting saya kira sesebuah majalah itu mempunyai identitinya sendiri dan isi kandungnya yang informatif.

Pada pendapat saya, Kembara Sutera adalah majalah baru yang bagus penyampaian dan persembahannya. Isi kandungnya sarat dengan maklumat-maklumat yang berlatar belakangkan China. Penyampaian dalam Bahasa Melayu juga merupakan langkah yang baik untuk tujuan promosi. Bagi pelajar-pelajar jurusan pelancongan dan mereka yang ingin dan sedang mengkaji tentang China, sejarahnya, kesenian dan kebudayaannya, saya syorkan majalah ini.

Di samping itu juga, dengan kelahiran Kembara Sutera ini, dunia sekali lagi, dapat membuka mata mereka akan keunggulan tamadun yang di antara tertua di dunia ini. Syabas!

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China