Cari:
Tahniah kepada China
2009-10-01 17:23:04 CRI Cetak

Oleh Mohamad Isa Bin Abdul Wahab dari Kedah, Malaysia

1hb.Oktober,2009,merupa-kan tarikh keramat bagi Negara besar Republik Rakyat China. Negara RRC wajib dan seharusnya berbangga dengan pencapaian dan perkembangan ekonominya yang memberangsangkan. Lonjakkan dan anjakkan perkembangan ini adalah hasil dari dasar ekonomi terbuka yang mula diamalkan oleh pemerentah China pada awal tahun 1979. China telah melalui proses ini tahap demi tahap dengan jayanya berkat dari kesungguhan dan azam yang tinggi oleh Rakyatnya yang gigih bekerja, berdikari dalam segenap bidang. Perkembangan yang menakjubkan ini, tentunya, bukan tidak mungkin, China akan menjadi sebuah kuasa ekonomi yang gagah mengatasi kehebatan ekonomi Amerika yang telah mula goyah sekarang. Sebuah laporan ada menyebutkan bukan tidak mungkin satu hari nanti matawang China RMB akan setanding dengan dollar US dan akan diguna pakai sebagai rujukan sepertimana yang digunakan sekarang iaitu US dollar. Akhir sekali marilah kita sama-sama mengharapkan semoga China terus melangkah maju dalam segenap bidang baik dalam bidang ekonomi dan politik. Setinggi-tinggi tahniah kepada Negara Republik Rakyat China dan Rakyatnya.

 

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China