Cari:
Tahniah kepada Ulang Tahun Ke-60 Penubuhan RRC
2009-10-06 16:37:28 CRI Cetak
Pada 1 Oktober, saya meskipun tidak hadir di Beijing namun bersama jutaan rakyat China, orang-orang Tionghoa diseluruh dunia dan para penonton television lainnya pada saat yang sama dengan jam tempatan yang berbeza menonton siaran langsung aktiviti sambutan ulang tahun ke 60 penubuhan Republik Rakyat China menerusi siaran CCTV. Sejak siaran diudarakan saya melihat bagaimana tentara disiapkan sejak dini hari jam 2.00 Waktu Beijing untuk menyertai perbarisan bersama massa rakyat lainnya. Dilapangan Tiananmen saya melihat pemandangan berbeza dari pada biasanya, banyak bunga segar berwarna warni, banyak lampion merah, ada foto besar Dr. Sun Yat-sen dan lain-lain. Dalam suasana udara yang cerah dan sedikit berawan, tepat jam 10.00 Waktu Beijing atau jam 09.00 Waktu Indonesia Barat  perarakan yang berbentuk pasukan berjalan sepanjang jalan Chang'an Timur-Barat yang berlangsung selama kurang lebih 2,5 jam. Ketika menyaksikan parade tentara berlangsung, saya melihat perlengkapan persenjataannya lebih moden dan canggih dari pada ketika pawai menyambut aktiviti peringatan penubuhan Republik Rakyat China ke 50 tahun 1999 ini menunjukkan peningkatan pembangunan tentara China.

Pada malam harinya di lapangan Tiananmen diadakan pertunjukkan kesenian dan pesta bunga api. Sungguh meriah penyambutan aktiviti Hari Kebangsaan China ke 60. Semoga China bertambah jaya, sukses dan makmur. Saya bangga sekali.

Daripada Suwito Bandung INDONESIA

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China