Cari:
Perkenalan tentang panda di Zoo Beijing
2009-11-12 12:36:47 CRI Cetak
Hi.. Saya ingin bertanya beberapa soalan.

1. Adakah terdapat "Panda Bear" di Zoo Beijing? ."
2. Dimanakah letaknya kedai komputer yang menjual peralatan komputer?

Terima kasih kerana sudi membantu saya.

Suhazlan B. Suhaimi dari Perak Malaysia 

Hi, saudara Suhazlan B. Suhaimi,

Terdapat sekurang-kurangnya 13 ekor panda di Rumah Panda, Zoo Beijing sekarang. Rumah Panda yang lama dibina pada tahun 1950-an. Pada tahun 1989, Rumah Panda yang baru dibina sebagai salah satu projek penting kerajaan bandar Beijing bagi menyambut Sukan Asia ke-11 yang diadakan di Beijing pada tahun 1990. Pada tahun 1990, bangunan itu dipilih sebagai salah satu antara 10 "Bangunan berkualiti baik di bandar Beijing" kerana reka bentuknya amat unik, iaitu dibina berdasarkan " Tanda (Lukisan) Seni Taiji". Kawasan Rumah Panda itu luasnya 10 ribu meter persegi yang mencakupi bilik pameran dalaman dan lapangan permainan di luar, serta dibahagikan kepada 3 bahagian termasuk bahagian panda dewasa, bahagian panda muda dan bahagian ibu dan bayi panda. Rumah Panda ini dilengkapi dengan bilik membuat makanan binatang, bilik menyimpan buluh segar, bilik rawatan, bilik ibu panda yang mengandung, bilik kuarantin, bilik pemantauan menerusi TV dan sebagainya. Menurut penjelasan dari pekerja di Rumah Panda ini, suhu udara di dalam bangunan dikekalkan antara 25 hingga 27 darjah selsius sepanjang tahun. Kemudahan-kemudahan tersebut disediakan bagi panda supaya dapat hidup dengan selesa.

Reka bentuk persekitaran Rumah Panda yang baru ini juga amat sempurna, sehingga bangunan itu menjadi rumah binatang contohan yang menggabungkan seni dengan kepraktikalannya. Pokok-pokok dan rumput yang ditanam di dalam dan di luar bangunan ini menjadikan pelawat berasa seolah-olah berada dalam persekitaran hidup panda yang semula jadi.

Pada malam 22 Ogos lalu, aktiviti yang bertema "Hidup sihat bersama dengan panda" dilancarkan buat pertama kali di Rumah Panda Zoo Beijing. Seramai 200 orang kanak-kanak dan ibu bapa mereka, bukan sahaja makan malam bersama dengan 6 ekor panda, yang diasingkan dengan kaca, tetapi juga mendengar cerita tentang panda yang diperkatakan oleh pekerja Rumah Panda. Aktiviti tersebut cukup menggembirakan kepada kanak-kanak yang datang pada hari itu.

Mengenai soalan kedai komputer yang menjual peralatan komputer di Beijing, 

Kedai komputer yang menjual peralatan komputer paling banyak di kawasan Zhongguancun di Daerah Haidian bandar Beijing. Taman Sains dan Teknologi Zhongguancun Beijing merupakan salah satu taman sains dan teknologi yang terkenal di China.

Bahagian Bahasa Melayu CRI

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China