Cari:
Maklumat-maklumat tentang Musium Sejuk Di Beijing
2009-11-16 15:01:56 CRI Cetak

Assalamualaikum,saya akan ke beijing pada 5/12 ini. waktu tu musim sejuk dan ini kali pertama saya ke tempat sejuk. Apa persediaan dari segi pakaian atau kesihatan yg perlu saya sediakan. Selain tu, betul ke urusan cukai lebih bagasi atau lain2 di lapangan terbang beijing dalam matawang usd dan bukannya yuan? Betul ke tandas kat sana tak ada air perlu bawa bekalan sendiri? Kalau ada maklumat atau nasihat lain amatlah saya harapkan. Terima kasih.

 Sapiah dari Malaysia

Hi, Sapiah,

Apa Khabar, selamat datang ke Beijing pada penghujung tahun ini! Pada bulan Disember, cuaca di Beijing di bawah paras beku dengan angin kencang. Anda boleh memakai skarf, kot luar yang tebal, topi, pelindung mulut dan sarung tangan untuk mengelakkan diri daripada kena demam. Selain itu, cuaca di Beijing sangat kering, perlu banyak minum air jika berada Beijing. Pada hari-hari kebelakangan ini, salji turun di Beijing dan keindahannya amat menarik, terutama di Kota Larangan, Tembok Besar, Istana Yiho dan gunung-gunung di kawasan subbandar. Jalan-jalan dan pokok-pokok di bandar diseliputi dengan salji, semuanya kelihatan putih. Saya berharap anda dapat melihat pemandangan itu di Beijing pada bulan Disember tahun ini.

Lapangan terbang Beijing menggunakan matawang Yuan RMB bukan USD. Jikalau berat bagasi anda melebihi 20KG akan dikena cukai. Tandas dekat di lapangan terbang ada paip air, tetapi anda perlu bawa botol sendiri.

Jika anda mahu emngetahui lebih banyak maklumat tentang pelancongan di Beijing, bolehlah layari laman web kami, iaitu https://malay.cri.cn/muslim/. Dalam laman web itu, kami menyediakan peta Beijing, peta subway dan maklumat-maklumat tentang masjid, restoran Islam, stadium sukan Olimpik serta pantuan beli-belah.

Semoga anda merasa gembira berada di Beijing dan saya yakin pengalaman musim sejuk di Beijing dapat meninggalkan kesan yang menarik terhadap anda.

Diharap maklumat tersebut dapat memberikan sedikit panduan kepada anda.

Bahagian Bahasa Melayu CRI

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China