Cari:
Asal Usul Catur Xiangqi Tradisional China
2009-11-23 11:56:52 CRI Cetak
Mohon dijelaskan asal usul catur Xiangqi? Siapa yang menciptakannya?

Suwito dari Indonesia

Apa Khabar,Suwito,

Kami mengucapkan terima kasih banyak kerana saudara sentiasa berminat dan menyokong siaran kami.

Anda amat berminat kepada budaya tradisional China dan diharapkan penjelasan kami dapat memberikan sedikit sebanyak bantuan.

Catur Xiangqi berasal dari zaman purba China, iaitu kira-kira tahun569

sebelum Masihi, pada zaman masyarakat Feudal. Catur Xiangqi China ini mempunyai sejarah yang lama dan catatan yang rasmi tentangnya telah mucul negeri-negeri pada Zaman Berperang di China.

Catur Xiangqi yang juga digelar" Xiangxi" atau " Ju Zhong Xi" ini berevolusi dari sejenis judi sebelum Dinasti Qin dan sejenis Catur Enam yang popular pada penghujung Zaman Berperang Chunqiu pada tahun 770 sebelum Masihi hingga tahun 476 sebelum Masihi.

Buku purba China dari zaman Dinasti Song mempunyai catatan mengenai catur Xiangqi moden yang paling awal. Pada masa itu, catur Xiangqi merupakan sejenis permainan dan tidak mempunyai peraturan yang terperinci. Ia berkembang bersama-sama perubahan zaman dan menggambarkan kebijaksanaan yang dihasilkan oleh rakyat China. Dengan kata lain, catur Xiangqi China bukan dicipta oleh seseorang, tetapi merupakan perkembangan sejarah dan budaya zaman purba China. Teori tradisional China berkait dengan Yin dan Yang dan ramalan yang menggunakani ilmu falak amat popular pada zaman dahalu. Inilah punca catur ini berkembang menjadi sejenis permainan yang mempunyai konsep peperangan. Dapatan ini menurut catatan dalam buku Sejarah Budaya Sains China yang ditulis oleh seorang cendekiawan terkemuka di Britain, iaitu Doktor Joseph Lee.

Catur ini sebagai permanian tradisional China masih popular dan digemari dalam kalangan rakyat China hingga sekarang. Kedudukannya yang sama dengan seni tradisional China yang lain, seperti alat muzik, kaligrafi dan lukisan dalam sejarah China dan menjadi mutiara dalam khazanah budaya zaman purba China.

Persatuan Catur Xiangqi China pula telah ditubuhkan pada tahun 1962. Selepas itu, provinsi-provinsi di China turut menubuhkan cawangannya masing-masing.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Kaunti Huinan Buka Tirai Musim Gugur

• Gunung Qianling
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China