Cari:
Maklumat tentang pelancongan di kawasan Gunung Hengshan, Provinsi Shanxi
2009-11-24 10:46:01 CRI Cetak
Mohon penjelasan hal-hal yang menarik di Gunung Heng di provinsi Shanxi?

Suwito dari Bandung Indonesia

Hi, Saudara Suwito,

Banjaran Gunung Hengshan yang panjangnya kira-kira 150 kilometer dari timur ke barat ini, merintasi Provinsi Shanxi dan Provinsi Hebei di bahagian utara China. Puncak utama Gunung Hengshan yang tingginya hampir 2017 meter dari paras laut terletak di tempat yang jaraknya 62 kilometer dari Bandar Datong, di bahagian utara Provinsi Shanxi. Pada tahun 1982, kawasan pemandangan Gunung Hengshan disenaraikan sebagai satu daripada 44 buah kawasan peranginan utama peringkat negara China kumpulan pertama.

Gunung Hengshan mempunyai dua puncak gunung yang tertinggi. Pemandangan gunung yang amat megah ini kelihatan seperti lukisan. Lembah Jinlong yang terletak di antara dua puncak gunung ini amat dalam dan sempit, dan sentiasa menjadi tempat strategi tentera yang penting sejak zaman kuno lagi. Cerita dongeng tentang rabung gunung, batu, gua, dan teluk sungai menjadikan kawasan peranginan Gunung Hengshan di kawasan yang menakjubkan.

Selain itu, dua buah perigi yang terletak di bahagian tengah lereng Gunung Hengshan amat unik. Kedua-dua buah perigi tersebut berjarak hanya satu meter sahaja antara satu sama lain, tetapi, air di dalamnya jauh berbeza. Air dalam satu perigi rasanya manis dan sedap, manakala air dalam perigi yang satu lagi rasanya pahit. Keunikan dan keindahan pemandangan di Gunung Hengshan yang juga menarik para pelancong ialah pokok cemara dan awan. Kebanyakan pokok cemara tumbuh di celah-celah batu dan berdiri tegak, memperlihatkan daya kuat untuk hidup. Pokok cemara itu ada yang berbentuk payung, ada yang berbentuk sayap, dan ada juga yang berbentuk jambatan.

Selain pemandangan alam, Gunung Hengshan juga mempunyai banyak unsur kebudayaan. Banyak kuil dan pagoda agama Buddha yang dibina di lereng atau kaki gunung ini memiliki ciri yang amat penting dalam sejarah bangunan zaman kuno China dan menjadi sumber pelancongan. Sebagai contoh, Kuil Tergantung yang dibina di lereng gunung di sebelah barat Lembah Jinlong Gunung Hengshan memperlihatkan ciri-ciri yang jarang ditemui. Kuil itu menghadap ke arah lembah yang dalam, reka bentuknya amat istimewa, kelihatan seperti sebuah bangunan yang berbahaya yang dibina di lereng gunung yang curam. Kuil itu sudah mempunyai sejarah lebih 1400 tahun, tetapi masih kukuh. Pada musim panas, Kuil Tergantung ini dikatakan hanya disinari cahaya matahari selama 3 jam sahaja, dan angin kencang tidak dapat melanda kuil itu kerana dilindungi oleh puncak gunung di depannya, sehingga ia dapat mengelakkan hakisan akibat angin dan hujan dan masih tegak di lereng gunung yang terjal itu. Yang sangat menarik ialah, walaupun Kuil Tergantung ini kecil, tetapi terdapat 80 buah patung Buddha yang diperbuat daripada pelbagai bahan seperti tembaga, besi, tanah liat yang diukir dan batu yang dipahat. Yang lebih unik ialah patung pengasas agama Buddha Sakyamoni dan pengasas Confucius yang dipuja bersama-sama dalam Dewan Patung kuil tersebut. Hal begini jarang ditemui di China.

Bahagian Bahasa Melayu CRI

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China