Cari:
Keindahan Gunung Lao di Provinsi Shandong China
2009-11-25 15:49:02 CRI Cetak
Mohon penjelasan mengenai Gunung Lao -Gunung Lao di Procvinsi Shandong. Ada hal apa yang menarik di sana?

Suwito dari Bandung Indonesia

Hi, saudara Suwito,

Gunung Lao yang terletak di sekitar Bandar Qingdao, Provinsi Shandong di pantai Laut Kuning. Gunung ini mempunyai sejarah budaya Tao yang lama di China. Puncak Utama Gunung Lao tingginya 1133 meter dari paras laut dan kelihatan amat megah. Umumnya, ia dikenali sebagai "Gunung Pertama di Pantai Laut Kuning China".

Pantai di pinggir laut Gunung Lao ini panjangnya 87 kilometer dan ia mempunyai 18 buah pulau di sekitarnya. Ini menjadikan Gunung Lao seperti gunung di pantai yang cukup indah dan mengagumkan. Selain itu, ia juga merupakan salah sebuah pusat sistem air mineral di bawah tanah dengan mutu air yang paling baik di dunia.

Beberapa tempat yang menarik di Gunung Lao:

Dewan Taiqing di Gunung Lao dibina pada awal zaman Dinasti Song Utara pada tahun 960 hingga tahun 1127. Ini bermakna ia telah bersejarah hampir seribu tahun. Bangunan ini berdiri daripada tiga buah dewan, iaitu Dewan San Guan, Dewan San Huang dan Dewan San Qing.

Dewan Sanqing di Gunung Lao

Pengarang buku Liao Zhai Zhi Yi atau Cerita Aneh Liao Zhai , iaitu Pu SongLin pernah tinggal di Dewan Sanqing ini. Cerita-cerita aneh dalam buku ini banyak berlatarbelakangkan Gunung Lao.

Mata air merupakan salah satu pemandangan istimewa di Gunung Lao. Mata air "Tianyi" di atas Puncak Ju. "Air Suci" di Dewan Taiqing dan Dewan Shanqing merupakan mata air yang termasyuhur di gunung tersebut.

Keindahan Gunung Lao, Qingdao dan tempat peranginannya yang amat menyeronokan ini menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke gunung ini setiap tahun. Tempat perangingannya menyediakan kemudahan yang baik perkhidmatan yang memuaskan hati.

Gunung Lao juga telah disenaraikan sebagai kawasan pemandangan pergunungan yang indah peringkat negara kumpulan pertama pada tahun 1982.

1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China