Cari:
Maklumat tentang Pelancongan di Beijing
2009-12-15 11:41:32 CRI Cetak
ummu sulaim bt osman

Pada 16.1.2010 insyallah saya dan rakan akn p melawat ke beijing.jadi di sini saya ingin bertanya pd waktu ketika tu suhu disana berape ye?ap persedian pakaian yg saya perlu bawa?bolehkah saya tahu homestay yg berdekatan dgn beijing dan bagaimana saya nk wat tempahan??selain cina muslim di kunmin adkah dibeijing ad kg2 islam yang boleh kami buat keluarga angkat disana?

Pendengar dari Malaysia

Hi, Osman,

Apa Khabar, selamat datang ke Beijing pada Januari 16 tahun 2010! Pada bulan Januari, cuaca di Beijing di bawah paras beku yang amat rendah dan dengan angin kencang. Anda boleh memakai skarf, kot luar yang tebal, topi, pelindung mulut dan sarung tangan untuk mengelakkan diri daripada kena demam. Selain itu, cuaca di Beijing sangat kering, perlu banyak minum air jika berada Beijing. Pada hari-hari kebelakangan ini, salji turun di Beijing dan keindahannya amat menarik, terutama di Kota Larangan, Tembok Besar, Istana Yiho dan gunung-gunung di kawasan subbandar. Jalan-jalan dan pokok-pokok di bandar diseliputi dengan salji, semuanya kelihatan putih. Saya berharap anda dapat melihat pemandangan itu di Beijing pada bulan Januari tahun 2010.

Jika anda mahu mengetahui lebih banyak maklumat tentang pelancongan di Beijing, bolehlah layari laman web kami, iaitu https://malay.cri.cn/muslim/. Dalam laman web itu, kami menyediakan peta Beijing, peta subway dan maklumat-maklumat tentang masjid, restoran Islam, stadium sukan Olimpik serta pantuan beli-belah.

Semoga anda merasa gembira berada di Beijing dan saya yakin pengalaman musim sejuk di Beijing dapat meninggalkan kesan yang menarik terhadap anda dan kawanmu.

Diharap maklumat tersebut dapat memberikan sedikit panduan kepada anda.

Bahagian Bahasa Melayu CRI

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China