Cari:
Terima Kasih Atas Kewujudan Panduan dalam Bahasa Melayu
2010-01-18 14:32:42 CRI Cetak

Terima kasih atas kewujudan panduan CRI dalam bahasa melayu dan ada slot untuk Umat Islam. Cukup menarik. Saya mengetahui laman web dan kewujudan CRI menerusi Radio Suria FM. Nyata promosi CRI mengadakan Peraduan Suriaku di China di Radio Suria FM telah menarik minat saya untuk melayari laman web ini. Walaupun saya tidak memenangi sebarang hadiah dalam peraduan tersebut, namun saya cukup puas hati, dan besar harapan penganjuran peraduan percutian percuma ini diteruskan lagi dalam masa terdekat ini, adalah peluang saya nak menang pula.

Saya juga nak cadangkan supaya di laman web CRI sendiri diadakan peraduan online jadi makin ramai lah pelayar laman web ini nanti. Itu sahaja cadangan saya, terima kasih CRI atas segala maklumat untuk rakyat Malaysia mendekati China.

Saudara Hisham Abdullah dari Malaysia

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China