Cari:
Pandangan Anda Terhadap "Keretapi Bawah Tanah Lambang Kemajuan?"
2011-03-31 16:15:53 CRI Cetak

Adakah keretapi bawah tanah lambang kemajuan? Bandar raya seperti Beijing, Shanghai, Kuala Lumpur dan London semuanya mempunyai sistem keretapi bawah tanah. Nampaknya, sistem pengangkutan ini sudah menjadi perkhidmatan asas bagi sesebuah bandar terutamanya bandar besar yang penduduknya ramai.

Tidak dinafikan, keretapi bawah tanah memang bermanfaat terutamanya bagi mereka yang terpaksa berulang-alik ke sekolah atau pejabat setiap hari. Keretapi bawah tanah juga membantu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas sebuah bandaraya.

Tetapi pada masa yang sama, pembinaan sistem keretapi bawah tanah mungkin menimbulkan beberapa isu. Antaranya termasuklah kos pembinaan dan operasinya yang tinggi, serta terdapat risiko kemalangan dan keruntuhan. Projek pembinaannya juga mungkin mengganggu kehidupan penduduk atau merosak alam sekitar.

Adakah setiap bandar yang maju mesti mempunyai sistem keretapi bawah tanah? Bagaimana caranya untuk membina sistem keretapi bawah tanah yang tidak menjejaskan kualiti hidup penduduk ataupun alam sekitar?

1: Antara keretapi bawah tanah, teksi dan kereta sendiri, yang mana paling kerap anda naiki? Apa sebabnya?

2: Pada pendapat anda, apakah kebaikan dan keburukan pembinaan sistem keretapi bawah tanah di sesebuah bandar raya?

Mereka yang jawapannya dibacakan dalam "Suara Sutera" pada 6 April nanti akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda dan kirimkan kepada kami sebelum 5 April.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China