Cari:
Komen tentang Keretapi Bawah Tanah dari Hazwan Shamsul
2011-04-01 09:25:01 CRI Cetak
Bagi pendapat saya, bukanlah semua bandar yang maju atau pesat membangun harus mempunyai sistem keretapi bawah tanah. Keretapi bawah tanah hanyalah salah satu sistem yang menghubungkan kita dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah dan cepat. Efisiensi sistem itu bergantung kepada beberapa faktor seperti kos perbelanjaan, tenaga pekerja, pengendalian, dan bagi saya yang paling; sokongan orang ramai. Dari pandangan saya, keretapi bawah tanah bukanlan kemajuan sesuatu negara itu, tetapi ia melambangkan perpaduan di antara rakyatnya. Dari segi praktikaliti, pihak kerajaan harus mejangka risiko dan peluang masa panjang sebelum mengimplementasikan sistem itu.

1. Bagi saya, saya paling kerap menggunakan kereta sendiri sebagai kenderaan utama saya atas sebab:

- Jika menggunakan kereta, masa saya untuk ke mana-mana lebih fleksibel berbanding dengan keretapi yang mengikuti jadual.

- Saya lebih gemar memandu seorang diri atau bersama rakan-rakan kenalan berbanding dengan bersesakan dengan orang ramai.

2. Dengan adanya sistem keretapi bawah tanah, orang ramai dapat pergi ke mana-mana dengan cepat dan mudah tanpa melalui kesesakan jalan raya. Ia juga adalah salah satu sistem kenderaan yang mesra alam. Tetapi ada juga keburukannya dari segi perancangan. Seperti sistem LRT di Kuala Lumpur, saya dapat melihat rel dan stesen-stesen yang tumbuh dan menular ke kawasan-kawasan perumahan dan perindustrian. Bagi saya, saya tidak senang melihat kejadian seperti dan ia sepatutnya dielak.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China